Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei pada hari ini mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Iran sempena perayaan tahun baharu yang juga dikenali sebgai Nouruz di dalam bahasa tempatan.
Di dalam ucapannya yang disiarkan di kaca televisyen, pemimpin itu turut menyeru pihak kerajaan dan bangsa Iran untuk meningkatkan kadar pengeluaran di negara Timur Tengah itu.
Dalam mesejnya yang disiarkan pada pagi Khamis itu, Pemimpin Tertinggi Iran itu turut memuji "ketabahan dan kebijaksanaan" bangsa terhadap konspirasi musuh yang ingin menjatuhkan Revolusi Islam di negara tersebut.
Ayatullah Khamenei turut menetapkan agenda "Peningkatan Pengeluaran" sebagai objektif utama negara dan bangsa Iran buat tahun 1398 -menurut tahun Iran-.
Beliau selain daripada itu turut mengingatkan bangsa Iran dan para pihak kerajaan untuk meneruskan dukungan mereka terhadap produk buatan tempatan yang mana perkara itu menjadi agenda utama yang beliau tetapkan pada tahun lepas.
Menurut beliau, Republik Islam Iran pasti akan berjaya mengatasi serangan ekonomi yang dikenakan ke atas negara tersebut daripada pelabagi pihak. -Press TV
21 Mac 2019 - 17:01
News ID: 934044
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei pada hari ini mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Iran sempena perayaan tahun baharu yang juga dikenali sebgai Nouruz di dalam bahasa tempatan.